Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis
lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk
memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan
peranannya dengan hak dan saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah
serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul…
1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tida
1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tida
k
memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji &
sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup
aurat…tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka
dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
2. Suaminya
Apabila si suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul
bebas di pejabat, memperhias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan
kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiamkan diri walaupun
dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal
maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.
3. Abang-abangnya
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh
ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya
sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM
…tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.
4. Anak Lelakinya
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang
haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata dan
sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di
akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.
Firman Allah SWT:-
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”(At Tahrim : 6)

Tidak ada komentar:
Posting Komentar